Salam Aidiladha 1429 Hijriah

Alhamdulillah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan memahami erti sebenar sebuah pengorbanan.Justeru itu marilah semua kita ikhlas dalam melakukan kebaikan dan kebajikan ke jalan Allah swt.Jangan mengharapkan balasan daripada orang lain sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang berusaha dalam melakukan kebaikan.Dan kepada pendakwah2 dan artis2 nasyid tanah air marilah kita sama-sama berkorban kepada jalan Allah swt untuk ummah sejagat dan jangan hiraukan pada sesiapa yang menentang kita kerana akhir2 ini kita asyik dilabel untuk menjadi glamour.Ingatlah wahai sahabat semua berkorbanlah dan berjihadlah pada jalan Allah walaupun kita dimanipulasikan dengan pelbagai tohmahan oleh pelbagai jenis manusia.Sesungguhnya berkorban pada jalan Allah sangat mulia disisi Allah swt. Salam Aidiladha dari kami.Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar Wailillahilhamd..

0 comments: