Kepada Pakar Designer Baju

Salam kami sedang mencari pakar-pakar designer baju untuk design pakaian persembahan kami yang kami akan gunakan pada persembahan bulan Syaaban dan Ramadhan nanti.Persembahan kami yang terdekat ialah di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( UITM ) Shah Alam.Artis lain atau Hos pada malam itu nanti adalah Hafiz Hamidun(UNIC),Suhaimi Saad(Inteam).

Final Exam Sudah Selesai

Alhamdulillah kami semua telah selamat melalui satu lagi ujian untuk menerusakan kehidupan duniawi.Sekarang kami ingin fokus kepada nasyid pulak.Nanti bulan 7,8,9 dan 10 banyak jemputan luar dan event-event...

Dah dapat....

Salam..Rasanya semua dah tahu kot...Sdn Bhd dah dapat..Enterprise tutup..kepada Paie jom wat business shooting and recording..Nanti kita pergi inteam records..ada urusan kat sana...

Akan Tiba Web Site....

Tahniah UKM Atas Konsert Dimensi v

Kami nak ucapkan Tahniah Atas Penganjuran Konsert Dimensi ke-v UKM yang begitu gempak sangat2...Tahniah!! Kepada abang2 Inteam,Far East,Nice dan Devotees you all semua sempoi..
Nanti kita jumpa lagi di Inteam Records....

Baru Balik Dari Daftar Syarikat Dengan SSM

Alhamdulillah selesai sudah kami daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ).Nantikan kami semua....

Nantikan....

Salam lama x update...Setelah sekian lama permintaan dari orang ramai InsyaAllah kami akan membuka syarikat kami tak lama lagi.Maybe kat Kota Damansara..Kami akan buat syarikat rakaman dan designing..Nantikan......

BerSyukur Dengan Dugaan

Bila datangnya ujian maka bersyukurlah selalu.Kami bersyukur sangat2 dengan apa yang terjadi.Buat apa nak kalut2 kan?! ala...Sempoi sudah! Relax sudah! Senyum sudah! Jangan kalut beb..tu dugaan je...Allah nak uji kita..Hidup tak lama! Mati datang tiba-tiba! Kiamat sudah dekat! Bila diuji bersyukurlah...Maha Kaya nak uji jer..Dia yang tentukan hidup kita! Dia yang MAHA Mengaturcara hidup kita.Dia yang tahu semua tentang kita sebab tu dia uji kita!! Relax Sudah!! Bila susah tiada gelisah..bila miskin syukur pada tuhan..bila sakit tiada resah dijiwa..Bukankah Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang!!Relax sudah beb!! wassalam.

"Usah Melatah Bila Diuji"

Assalamulaikum..kepada semua muslimin dan muslimat..pabila datang sesuatu perkara yang nak menjatuhkan kita janganlah kita melatah dan "give up" kerana Allah melarang perbuatan ini.

Ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud:

Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” - (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim

Dainurii Services

Meeting bersama hafiz hamidun dan pihak UITM

Salam...lama x update hehe sibuk skit..Semalam kami baru je pergi meeting dengan pihak uitm shah alam dan hafiz hamidun.Meeting bertujuan untuk membincangkan tentang program yang akan dianjurkan oleh Kolej Seroja Uitm tak lama lagi.Hafiz Hamidun akan menjadi pengcara majlis dan kami akan diundang untuk perform pada majlis tu..Alhamdulillah kalau dah rezeki tak ke mana..Kami dibayar..Syukur kerana nama Dainurii telah terpapar di mata luar..

Nak duit??

Salam..siapa nak duit?? ha...apa tunggu lagi.Bagi pandangan anda dalam perbincangan remaja dan isu-isu semasa..Setiap pandangan anda akan dibayar..kami dah cuba anda bila lagi..?? Free registeration..Untuk daftar klik kat gambar di bawah ini....Good Luck!!

Perkim Dianugerahkan Kelab Terbaik UNIKL

Semalam telah berlangsung Majlis Anugerah Siswa Universiti Kuala Lumpur di Dewan Unikl British Malaysia Institute(BMI) yang mengundang semua kampus cawangan unikl seluruh malaysia.Pelbagai katagori dipertandingkan dan Kelab Perkim Unikl city campus telah berjaya dianugerahkan Kelab Dan Persatuan Terbaik yang paling aktif.Anugerah disampaikan oleh Y.BHG. Dato' Haji Mohamad Rais Bin Haji Zainuddin iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah UniTEK Mara SDN BHD dan Prof.Dato' Dr. Abdul Hakim Bin Juri Presiden Universiti Kuala Lumpur.Pada tahun 2007 Perkim Unikl telah dianugerahkan Anugerah Seri Cemerlang Peringkat Kebangsaan manakala pada tahun 2008 Anugerah Projek dan Kepimpinan Terbaik Peringkat IPT Malaysia.















Kami berjaya!! Dari kiri Izhan(Dainurii),Ustaz Sazali(Penasihat Perkim UNIKL) dan Mustakim(YDP PERKIM Unikl/Dainurii).Trofil kebanggaan..















Kami Boleh!!!
















Syafiq dan Diana mewakili Suara Group Unikl City Campus membuat persembahan.Gempak giler!!!

Terima Kasih Kepada Ain( Corrina)

Thanks from Dainurii atas sokongan daripada Ain.Kami akan bantu dalam hal-hal agama...TQ!

Bilakan Damai

Mentari menangis disenja memerah
Bumi anbia' menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Dintindih dalam kubur tanpa bernisan
Dihujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus kekejaman

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan

Selamatkan Palestin!!

Ayuh sahabatku sekalian,bangkitlah berjihad!! Selamatkan saudara seIslam kita di bumi Palestin.. "...Ya Allah,Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu ya Allah,turunkanlah bantuanMu kepada orang islam di Palestin dan hancurkanlah bala tentera Rejim Zionis Israel.."

Mangsa yang tidak berdosa


















Wajah suci ini tidak berdosa!!!