Salam Lebaran 1429 Hijrah..

Majlis Perasmian Teratak Hijjaz Di Astana Dugang Country Resort

Salam dua minggu lepas berlangsungnya Majlis Perasmian Teratak Hijjaz di Astana Dugang Country Resort.Dainurii telah dijemput untuk bersama-sama dalam majlis tersebut sekaligus berbuka puasa di sana.Ramai media-media telah datang antaranya ialah (Tv3,Tv9,Bernama,IKIM FM,Utusan Malaysia serta Berita Harian) dan artis2 di bawah naungan Hijjaz Records Sdn Bhd(HRSB) seperti Mestica,syifa' serta Hijjaz sendiri.Tapi sayangnya UNIC tak dapat datang.Turut diundang,Rabbani dan wakil dari INTEAM Records Sdn Bhd(IRSB).Tahniah diucapkan kepada Hijjaz kerana sekali lagi berjaya menaikkan nama Hijjaz di persada seni tanah air atas satu lagi nama baru "Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd".













Ketika di Teratak Hijjaz dari kiri izhan,ustaz Sazali,syafiq,mus dan faizul.
















Selepas Make-UP

Sekitar Pertandingan Nasyid Unikl Anjuran Dainurii dan HEMs

Salam.Minggu lepas telah berlangsungnya pertandingan nasyid unikl anjuran Dainurii.Setelah saringan demi saringan akhirnya kumpulan E-Class menjadi juara pertandingan bagi katagori Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Adhwa sebagai naib johan.Kumpulan wanita yang menjadi juara ialah kumpulan D.A.L.Bagi katagori solo,johan disandang oleh Saudara Shahidan manakala naib johan ialah saudara Saiful Sazali(Jenggo).Solo wanita pula juaranya ialah saudari Diana. Pemenang2 memperolehi hadiah wang tunai,trofi dan sijil penyertaan.












Antara Juri pertandingan yang agak dikatakan profesional.Dari kiri Syafiq,Emi dan Ustaz Sazali





















Waa hebat bro ni....!!













Kumpulan Adhwa.Ehem mcm kenal je yang kiri paling hujung tu.Paie Dainurii ek??













Kumpulan D.A.L
















Kumpulan E-Class

Selepas Persembahan Di Kelab Sultan Sulaiman KL

















Selepas persembahan di Padang Kelab Sultan Sulaiman KL

Persembahan di Kelab Sultan Sulaiman

Jumaat ni Dainurii akan dijemput untuk buat perform pada majlis berbuka puasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman(KSS).Kami akan menyampaikan lagu "Secerah Pawana" dan "Segalanya Milikmu".See u all at KSS!!

Show Pada Majlis Bersama Ust. Akhil Hayy

24 hb September tidak lama lagi Kelab PERKIM unikl telah menjemput Ust. Akhil Hayy untuk memberi sedikit ceramah sempena dengan Ramadhan ini.Disamping itu juga beliau juga akan menyampaikan sebuah lagu.Dainurii juga turut diberi peluang untuk membuat show pada hari tersebut.Kami akan meyampaikan lagu yang berjudul "Segalanya Milikmu"... Kita jumpa di sana.....