Tahniah Hafiz Hamidun!!

Salam..kami nak ucapkan TAHNIAH kepada Hafiz Hamidun iaitu ex-UNIC diatas kejayaannya dalam Anugerah Perlindungan Hak Cipta Penerbit Muzik (MACP) ke-12 apabila lagu ciptaannya, Kau Yang Satu diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada Pertandingan Juara Kepada Juara yang berlangsung di Auditorium RTM Pahang,Kuantan.
Kemenangan berganda Hafiz sekali gus berjaya menewaskan empat penyanyi lain yang turut bertanding iaitu Datin Seri Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan lagu Hati, Kaer Azami (Izinku Pergi), Ash Nair (The Stage) dan kumpulan Silent Scream (Revolution).
Hafiz, 24, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi untuk anugerah Lagu Terbaik manakala Melodi Terbaik menyediakan hadiah wang tunai RM3,000.TAHNIAH kami ucapkan!! Usaha anda membuahkan hasil.Teruskan dakwah nasyid...

0 comments: