
Bila diri dihunus rona dunia
Tidak terungkap ucapan kata hatimu
Tika dihalusi kemilauan maya pada
Mata hatimu yang penuh ketandusan
Dikaburi dengan dustanya dunia
Lihatlah kedalam hatimu bagai camar sepi
Terzahir secebis cahaya menjadi penawar duka lara
Bridge:
Cahaya yang menyulam kalbu
Terbias disudut kamar hatimu
Membunuh segala racun dusta
Yang menjadi halangan berkalang
Itulah cahaya Dainurii
Chorus:
Dainurii...
Engkaulah sebaik sandaran
Kau yang satu penyuluh sinar hidayah
Tiada keterbatasan kau membiasi diriku
Engkaulah oh Dainuriiku..
Dainurii..
Terciptalah dirimu untuk menjadi penawar laraku
Yang menjadi percikan cahaya menerangi maya pada ini
Engkaulah sandaran hatiku
Engkaulah oh Dainuriiku...
Lirik: izhanDainurii
Lagu: izhanDainurii dan rifa'ieeDainurii
Lagu ini izhan buat khas untuk Dainurii dan semua..
Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC)
at 12:34 AM
Ahlan wahsahlan...tengah hari tadi berlangsungnya majlis gerak usahawan di UNIKL City Campus. Banyak event telah berlangsung untuk mengcungkil bakat anak2 muda untuk bergiat dalam dunia keusahawanan..Dalam kesibukan majlis tersebut,kami turut dijemput untuk membuat performent. Kami menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Tika Dini Hari dan Nur Syahadah.Turut membuat performent ialah kumpulan silat,zapin dan nyanyian single dari artis2 dari Suara Group UNIKL..kepada anda semua esok dan lusa masih ada lagi peluang untuk melawat ke gerai2. Akhir sekali sekalung tahniah kepada semua sektor swasta dan kerajaan serta campus2 yg lain termasuk sekolah2 yg turut datang melawat unikl city campus
Semalam kami telah membuat upgrade voice almaklumlah cuti lama..
hehe nak perform kat majlis gerak usahawan unikl..30.7.2008 nanti..
Kemarau Di Hati
Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut diarus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu
Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas didada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu
Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati
Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu
-izhan-
Kemenangan berganda Hafiz sekali gus berjaya menewaskan empat penyanyi lain yang turut bertanding iaitu Datin Seri Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan lagu Hati, Kaer Azami (Izinku Pergi), Ash Nair (The Stage) dan kumpulan Silent Scream (Revolution).
Hafiz, 24, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi untuk anugerah Lagu Terbaik manakala Melodi Terbaik menyediakan hadiah wang tunai RM3,000.TAHNIAH kami ucapkan!! Usaha anda membuahkan hasil.Teruskan dakwah nasyid...
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersiksa didada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi
Mungkin ada esok
Untukku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
posted by izhan
Kumpulan Dainurii ni baru saje ditubuhkan pada akhir 2007.Kumpulan ini sebenarnya berasal dari
pelajar2 Universiti Kuala Lumpur yang dahulu dikenali sebagai kumpulan Insoft..Dainurii ni maybe akan bergerak ke hadapan lagi berdasarkan beberapa anugerah yang diperolehi dan event2 besar..jadi anak2 muda ini dengan izin Allah SWT akan bergerak seiringan dengan kumpulan2 lain dalam industri nasyid tanah air.. InsyaAllah kami akan belajar lebih gigih lagi...