Kepada Pakar Designer Baju

Salam kami sedang mencari pakar-pakar designer baju untuk design pakaian persembahan kami yang kami akan gunakan pada persembahan bulan Syaaban dan Ramadhan nanti.Persembahan kami yang terdekat ialah di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( UITM ) Shah Alam.Artis lain atau Hos pada malam itu nanti adalah Hafiz Hamidun(UNIC),Suhaimi Saad(Inteam).

Final Exam Sudah Selesai

Alhamdulillah kami semua telah selamat melalui satu lagi ujian untuk menerusakan kehidupan duniawi.Sekarang kami ingin fokus kepada nasyid pulak.Nanti bulan 7,8,9 dan 10 banyak jemputan luar dan event-event...

Dah dapat....

Salam..Rasanya semua dah tahu kot...Sdn Bhd dah dapat..Enterprise tutup..kepada Paie jom wat business shooting and recording..Nanti kita pergi inteam records..ada urusan kat sana...

Akan Tiba Web Site....

Tahniah UKM Atas Konsert Dimensi v

Kami nak ucapkan Tahniah Atas Penganjuran Konsert Dimensi ke-v UKM yang begitu gempak sangat2...Tahniah!! Kepada abang2 Inteam,Far East,Nice dan Devotees you all semua sempoi..
Nanti kita jumpa lagi di Inteam Records....

Baru Balik Dari Daftar Syarikat Dengan SSM

Alhamdulillah selesai sudah kami daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ).Nantikan kami semua....

Nantikan....

Salam lama x update...Setelah sekian lama permintaan dari orang ramai InsyaAllah kami akan membuka syarikat kami tak lama lagi.Maybe kat Kota Damansara..Kami akan buat syarikat rakaman dan designing..Nantikan......

BerSyukur Dengan Dugaan

Bila datangnya ujian maka bersyukurlah selalu.Kami bersyukur sangat2 dengan apa yang terjadi.Buat apa nak kalut2 kan?! ala...Sempoi sudah! Relax sudah! Senyum sudah! Jangan kalut beb..tu dugaan je...Allah nak uji kita..Hidup tak lama! Mati datang tiba-tiba! Kiamat sudah dekat! Bila diuji bersyukurlah...Maha Kaya nak uji jer..Dia yang tentukan hidup kita! Dia yang MAHA Mengaturcara hidup kita.Dia yang tahu semua tentang kita sebab tu dia uji kita!! Relax Sudah!! Bila susah tiada gelisah..bila miskin syukur pada tuhan..bila sakit tiada resah dijiwa..Bukankah Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang!!Relax sudah beb!! wassalam.

"Usah Melatah Bila Diuji"

Assalamulaikum..kepada semua muslimin dan muslimat..pabila datang sesuatu perkara yang nak menjatuhkan kita janganlah kita melatah dan "give up" kerana Allah melarang perbuatan ini.

Ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud:

Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” - (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim

Dainurii Services

Meeting bersama hafiz hamidun dan pihak UITM

Salam...lama x update hehe sibuk skit..Semalam kami baru je pergi meeting dengan pihak uitm shah alam dan hafiz hamidun.Meeting bertujuan untuk membincangkan tentang program yang akan dianjurkan oleh Kolej Seroja Uitm tak lama lagi.Hafiz Hamidun akan menjadi pengcara majlis dan kami akan diundang untuk perform pada majlis tu..Alhamdulillah kalau dah rezeki tak ke mana..Kami dibayar..Syukur kerana nama Dainurii telah terpapar di mata luar..

Nak duit??

Salam..siapa nak duit?? ha...apa tunggu lagi.Bagi pandangan anda dalam perbincangan remaja dan isu-isu semasa..Setiap pandangan anda akan dibayar..kami dah cuba anda bila lagi..?? Free registeration..Untuk daftar klik kat gambar di bawah ini....Good Luck!!

Perkim Dianugerahkan Kelab Terbaik UNIKL

Semalam telah berlangsung Majlis Anugerah Siswa Universiti Kuala Lumpur di Dewan Unikl British Malaysia Institute(BMI) yang mengundang semua kampus cawangan unikl seluruh malaysia.Pelbagai katagori dipertandingkan dan Kelab Perkim Unikl city campus telah berjaya dianugerahkan Kelab Dan Persatuan Terbaik yang paling aktif.Anugerah disampaikan oleh Y.BHG. Dato' Haji Mohamad Rais Bin Haji Zainuddin iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah UniTEK Mara SDN BHD dan Prof.Dato' Dr. Abdul Hakim Bin Juri Presiden Universiti Kuala Lumpur.Pada tahun 2007 Perkim Unikl telah dianugerahkan Anugerah Seri Cemerlang Peringkat Kebangsaan manakala pada tahun 2008 Anugerah Projek dan Kepimpinan Terbaik Peringkat IPT Malaysia.















Kami berjaya!! Dari kiri Izhan(Dainurii),Ustaz Sazali(Penasihat Perkim UNIKL) dan Mustakim(YDP PERKIM Unikl/Dainurii).Trofil kebanggaan..















Kami Boleh!!!
















Syafiq dan Diana mewakili Suara Group Unikl City Campus membuat persembahan.Gempak giler!!!

Terima Kasih Kepada Ain( Corrina)

Thanks from Dainurii atas sokongan daripada Ain.Kami akan bantu dalam hal-hal agama...TQ!

Bilakan Damai

Mentari menangis disenja memerah
Bumi anbia' menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Dintindih dalam kubur tanpa bernisan
Dihujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus kekejaman

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan

Selamatkan Palestin!!

Ayuh sahabatku sekalian,bangkitlah berjihad!! Selamatkan saudara seIslam kita di bumi Palestin.. "...Ya Allah,Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu ya Allah,turunkanlah bantuanMu kepada orang islam di Palestin dan hancurkanlah bala tentera Rejim Zionis Israel.."

Mangsa yang tidak berdosa


















Wajah suci ini tidak berdosa!!!

:::Erti Sebuah Pemergian:::

Sekian lama kau ku nanti
Bak sang pelangi menanti sang pelangi
Bukanlah bayangan tetapi sanubari
Dirimu yang kucari

Pabila mentari menangis di senja memerah
Bila awanan kelabu berarak resah
Bila beburung berkicauan pasrah
Memahami sendu hati resah gelisah

Tuhan...
Leraikanlah hiba dihatiku
Pujuklah sekelumit sanubariku
Tadahkan air mata keharuanku
Dia telah pergi meninggalkan ku

Oh Tuhan...
Ku gapai segalanya darimu
Pujuklah hatinya untukku
Dituruti rasa tidak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa

Hanyalah dirimu yang ku harapkan
Hanyalah kasihmu yang ku pintakan
Hanyalah cintamu yang ku dambakan
Kasihku...


Lirik:izhanDainurii
Dainurii Copyright

Erti Sebuah Pemergian

Izhan sekarang sedang menyiapkan lirik terbaru yang bejudul "Erti Sebuah Pemergian".Nanti bila dah siap kami akan postingkan..tq!!

-Sekalung Penghargaan Bersulamkan Keharuan To Huda-

Izhan mewakili Dainurii ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada best friend izhan, Nurhuda Fatinah dari UITM Shah Alam kerana membantu membuahkan semanis hasil seindah bicara dalam menamakan group kami "DAINURII" yang bermaksud "nisbah cahaya yang menerangi". Walaupun nama ini dah menjangkau hampir setahun namun kami ingin mengimbaunya kembali..Tq so much Huda..Tanpanya tiadalah nama Dainurii di laman realiti dan maya.. Sebagai penghargaan terimalah dari Dainurii lagu " Kias Cinta" yang mengisarkan cahaya membiasi cinta...

-Kias Cinta-

Seandainya dunia tiada warna
Tetapkan ku kagumi
Indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi

Namun jalin warna zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti..

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka anugerah dariNya

Hanyalah cintanya yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji naluri

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang Esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Illahi
Kerna segala kurnia hadirnya hanyalah pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia...

By izhan

Bisnes Dainurii Diberi Kepercayaan Oleh Majlis Perubatan Elektronik Malaysia

Alhamdulillah Dainurii diberi kepercayaan oleh Majlis Perubatan Elektronik Malalaysia untuk menjalankan perniagaan bagi produk keluarannya(Theo Physic Medicine).Antaranya air ECPI dah GTH yang mempunyai keajaiban sehingga negara2 luar seperti jepun,arab saudi,singapura dan banyak lagi menempah beratus ribu kontena setiap bulan.Ini kerana mereka telah membuat eksperimen air tersebut ke atas pesakit mereka bagi menguji kehebatan air tersebut.Dengan izin Allah,hasilnya amat menakjubkan dan mampu menyembuhkan dalam masa yang singkat tanpa ubatan lain.Air Ecpi ini telah dibuat dengan semua jenis penawar dan dimasukkan kod-kod al-Quran melalui elektronik.Alhamdulillah air ini telah mendapat International Plantinum Award dan Diamond Award For Excellent Product 43rd World Congress For Alternative Madicine 2005 kerana kehebatannya.InsyaAllah Dainurii akan menjalankan bisnes ini tidak lama lagi dan akan bina satu Dainurii Production.Terima kasih dan tahniah kepada saintis Prof Datuk Dr Amir iaitu CEO bagi Gesundheit Sdn Bhd dan Majlis Perubatan Elektronik Malalaysia.

Salam Aidiladha 1429 Hijriah

Alhamdulillah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan memahami erti sebenar sebuah pengorbanan.Justeru itu marilah semua kita ikhlas dalam melakukan kebaikan dan kebajikan ke jalan Allah swt.Jangan mengharapkan balasan daripada orang lain sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang berusaha dalam melakukan kebaikan.Dan kepada pendakwah2 dan artis2 nasyid tanah air marilah kita sama-sama berkorban kepada jalan Allah swt untuk ummah sejagat dan jangan hiraukan pada sesiapa yang menentang kita kerana akhir2 ini kita asyik dilabel untuk menjadi glamour.Ingatlah wahai sahabat semua berkorbanlah dan berjihadlah pada jalan Allah walaupun kita dimanipulasikan dengan pelbagai tohmahan oleh pelbagai jenis manusia.Sesungguhnya berkorban pada jalan Allah sangat mulia disisi Allah swt. Salam Aidiladha dari kami.Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar Wailillahilhamd..

Sekalung Penghargaan..

Terima kasih kepada semua pihak yang berhasrat untuk mendapatkan sponsor kepada Dainurii untuk menambahkan bajet bagi proses menerbitkan dua buah lagu.Jasa kalian semua amatlah dihargai.Disamping itu juga,saya mewakili Dainurii ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Ain Nadirah(Corrina) kerana banyak bagi dorongan dan kerjasama untuk menjayakan lagu ini.InsyaAllah tahun depan lagu ini akan siap diproses walaupun ada yang menghalang sekalipun.InsyaAllah,Allah akan tolong bagi sesiapa yang ikhlas dalam melakukan kebaikan ke jalan Allah.Yang penting kita semua mestilah ikhlas dalam membuat sesuatu perkara demi jalan yang benar.Amin semoga Allah merahmati kami..
Alhamdulillah saya telah siapkan lirik lagu baru yang bertajuk "Sesuci Hati Qarina".Lagu ini mengisahkan seorang wanita student unikl kristian memeluk islam beberapa minggu yang lalu.Nama asalnya Corrina dan nama islamnya Nur Ain Nadirah.Sebagai sumbangan dari Dainurii saya telah menyiapkan lirik ini dan tunggu masa untuk dicompose saja.Lirik/producer oleh izhan dan lagu oleh Hafiz Hamidun(ex-UNIC).Proses untuk siapkan lagu ini mungkin mengambil masa kerana kos yang begitu tinggi.Lagipun kami sedang dalam proses untuk buat satu lagi lagu.Kos satu lagu termasuk recording berharga lebih kurang RM3000.So,dua lagu RM6000.Kami akan cuba dapatkan sponsor.Terima Kasih kepada Hafiz Hamidun dan Arteffect Records Production.

Sesuci Hati Qarina

Kesekian kali menanti
Saatnya kau menongkah arus
Meniti penuh kekeliruan hati
Kebenaran atau kejahilan tandus

Keikhlasan milikmu terpancar
Tika hati sendu meremuk keresahan
Namun dirimu tidak pernah mengalah
Untuk kebenaran yang tersirat
Kau sujud mengabdikan diri

Sesuci hatimu Qarina
Citra hidupmu mempersona
Menyapa hidayah Illahi
Al-Quran menjadi sandaran
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat

Biarpun resah mendera
Kau tidak pernah tunduk
Segalanya diharungi dengan tersendiri
Mengangkat dirimu disisi Tuhan

Jati dirimu disegani
Menjadikan kau insan terpilih
Hatimu sebersih dan selembut sutera
Cinta suci yang kau dambakan untuk Illahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Sucinya hatimu Qarina

Lyric: izhan Producer: izhan

Kepulangan Dari Show Di Jeli Kelantan

Alhamdulillah kami baru sahaja pulang dari Jeli Kelantan kerana ada jemputan show disana.Penat tak hilang lagi..kami akan poskan foto2 kami di sana nanti....tunggu ye..

Insan Bernama Kekasih

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan benama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah dijiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dari Nya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Nur Kasih yang kudamba kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan darinya
Moga diperliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadanya

Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya insan bernama kekasih...

posted by izhan

Show Di Kelantan..

Dainurii telah diberi lampu hijau untuk perform kat Kelantan pada 14 hb Oktober 2008 tak lama lagi.Kelab Perkim Kebangsaan dan Kelab Perkim Unikl telah menjemput kami dalam program tersebut yang akan berlangsung 3 hari 2 malam.JOM PAKAK GI KLATE RAMA RAMA WEHHH!! BULEH MAKE NASI KERABU..SEDAK MOLEK....CICOH BUDU!! SLURRRPPP....

Sejenak Bersama Ustaz Akhil hayy

Bulan lepas,Unikl dan Kelab Perkim UNIKL serta MEDINA TECHNOLOGY SDN BHD telah bekerjasama menjemput Ust.Akhill Hayy bagi menjayakan program Di Ambang Syawal.Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada warga unikl.Ustaz Akhil hayy telah menyampaikan ceramah dan mendendangkan sebuah lagu.Satu sambutan yang amat mebanggakan telah diberikan kepada warga kerja dan student unikl...















Ustaz Akhil Hayy menyampaikan lagu Seroja.Vokal yang mantap.















Meyampaikan lagu Nur Kasih dan Nur Syahadah















Sambutan yang menakjubkan

Will Be Coming Soon..

Photo Dainurii perform in the ceremony Tazkirah Ambang Syawal by Ustaz Akhill Hayy will be add in this blog soon.Its in the process..Just wait

Salam Lebaran 1429 Hijrah..

Majlis Perasmian Teratak Hijjaz Di Astana Dugang Country Resort

Salam dua minggu lepas berlangsungnya Majlis Perasmian Teratak Hijjaz di Astana Dugang Country Resort.Dainurii telah dijemput untuk bersama-sama dalam majlis tersebut sekaligus berbuka puasa di sana.Ramai media-media telah datang antaranya ialah (Tv3,Tv9,Bernama,IKIM FM,Utusan Malaysia serta Berita Harian) dan artis2 di bawah naungan Hijjaz Records Sdn Bhd(HRSB) seperti Mestica,syifa' serta Hijjaz sendiri.Tapi sayangnya UNIC tak dapat datang.Turut diundang,Rabbani dan wakil dari INTEAM Records Sdn Bhd(IRSB).Tahniah diucapkan kepada Hijjaz kerana sekali lagi berjaya menaikkan nama Hijjaz di persada seni tanah air atas satu lagi nama baru "Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd".













Ketika di Teratak Hijjaz dari kiri izhan,ustaz Sazali,syafiq,mus dan faizul.
















Selepas Make-UP

Sekitar Pertandingan Nasyid Unikl Anjuran Dainurii dan HEMs

Salam.Minggu lepas telah berlangsungnya pertandingan nasyid unikl anjuran Dainurii.Setelah saringan demi saringan akhirnya kumpulan E-Class menjadi juara pertandingan bagi katagori Kumpulan Lelaki dan Kumpulan Adhwa sebagai naib johan.Kumpulan wanita yang menjadi juara ialah kumpulan D.A.L.Bagi katagori solo,johan disandang oleh Saudara Shahidan manakala naib johan ialah saudara Saiful Sazali(Jenggo).Solo wanita pula juaranya ialah saudari Diana. Pemenang2 memperolehi hadiah wang tunai,trofi dan sijil penyertaan.












Antara Juri pertandingan yang agak dikatakan profesional.Dari kiri Syafiq,Emi dan Ustaz Sazali





















Waa hebat bro ni....!!













Kumpulan Adhwa.Ehem mcm kenal je yang kiri paling hujung tu.Paie Dainurii ek??













Kumpulan D.A.L
















Kumpulan E-Class

Selepas Persembahan Di Kelab Sultan Sulaiman KL

















Selepas persembahan di Padang Kelab Sultan Sulaiman KL

Persembahan di Kelab Sultan Sulaiman

Jumaat ni Dainurii akan dijemput untuk buat perform pada majlis berbuka puasa di Padang Kelab Sultan Sulaiman(KSS).Kami akan menyampaikan lagu "Secerah Pawana" dan "Segalanya Milikmu".See u all at KSS!!

Show Pada Majlis Bersama Ust. Akhil Hayy

24 hb September tidak lama lagi Kelab PERKIM unikl telah menjemput Ust. Akhil Hayy untuk memberi sedikit ceramah sempena dengan Ramadhan ini.Disamping itu juga beliau juga akan menyampaikan sebuah lagu.Dainurii juga turut diberi peluang untuk membuat show pada hari tersebut.Kami akan meyampaikan lagu yang berjudul "Segalanya Milikmu"... Kita jumpa di sana.....


Dainurii

Terdetik Keterbatasan hatimu
Bila diri dihunus rona dunia
Tidak terungkap ucapan kata hatimu
Tika dihalusi kemilauan maya pada

Mata hatimu yang penuh ketandusan
Dikaburi dengan dustanya dunia
Lihatlah kedalam hatimu bagai camar sepi
Terzahir secebis cahaya menjadi penawar duka lara

Bridge:
Cahaya yang menyulam kalbu
Terbias disudut kamar hatimu
Membunuh segala racun dusta
Yang menjadi halangan berkalang
Itulah cahaya Dainurii

Chorus:
Dainurii...
Engkaulah sebaik sandaran
Kau yang satu penyuluh sinar hidayah
Tiada keterbatasan kau membiasi diriku
Engkaulah oh Dainuriiku..

Dainurii..
Terciptalah dirimu untuk menjadi penawar laraku
Yang menjadi percikan cahaya menerangi maya pada ini
Engkaulah sandaran hatiku
Engkaulah oh Dainuriiku...

Lirik: izhanDainurii
Lagu: izhanDainurii dan rifa'ieeDainurii

Lagu ini izhan buat khas untuk Dainurii dan semua..

Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC)

Tahniah Kepada Para Graduan Unikl 2008....

Salam...kami nak nak ucapkan TAHNIAH kepada semua graduan Universiti Kuala Lumpur sesi 2008 kerana telah berjaya mendapat ijazah dan diploma masing2 dalam Istiadat Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC). Selamat menempuh dunia kerjaya dengan penuh cabaran!!

At Akarkarya Studio bersama dengan Unikl's Suara Group

At Picc

Pemilihan Pakaian Baru Bagi Imej Dainurii

InsyaAllah Dainurii akan mengenakan pakaian baru tp kami tengah design sekarang..just kami nak minta pandangan dari anda semua tentang pemilihan warna pakaian kami..just baju je sebab seluar kami tetapkan warna putih..but kami sekarang baru ada dua choice smada hijau cerah or merah..tp seluar kami wajib warna putih..ada cadangan sila kemukakan....tq

Show kat Putrajaya di Cancel

Salam..Baru2 ni show kami kat Picc Putrajaya telah cancel atas sebab masalah teknikal.. Kami tak berpuas hati dengan pihak sana kerana gagal menyediakan kelengkapan show..Just satu speaker dan satu mic je..ape kes? Kelengkapan lain digunakan untuk event konvokesyen kat dalam.Tapi saya tengok ada lapan lagi mic lebih dalam technician box kat bilik teknikal..Ni kes malas buat kerja la ni kot.....Geram btol!!! maaf ye semua.......

Engkaulah Dainuriiku..


Ahlan Wahsahlan..

Salam..Dainurii ni nama baru bagi team nasyid Insoft..So,dengan nama baru ini Dainurii akan lebih matang dalam industri nayid semoga dakwah yang disampaikan diberkati oleh Allah SWT..

Gerak Usahawan UNIKL 2008


Ahlan wahsahlan...tengah hari tadi berlangsungnya majlis gerak usahawan di UNIKL City Campus. Banyak event telah berlangsung untuk mengcungkil bakat anak2 muda untuk bergiat dalam dunia keusahawanan..Dalam kesibukan majlis tersebut,kami turut dijemput untuk membuat performent. Kami menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Tika Dini Hari dan Nur Syahadah.Turut membuat performent ialah kumpulan silat,zapin dan nyanyian single dari artis2 dari Suara Group UNIKL..kepada anda semua esok dan lusa masih ada lagi peluang untuk melawat ke gerai2. Akhir sekali sekalung tahniah kepada semua sektor swasta dan kerajaan serta campus2 yg lain termasuk sekolah2 yg turut datang melawat unikl city campus

Anugerah Media Islam Negara(AMIN) 2008

Baru-baru ini,Dainurii dan pelajar IPT termasuk pekerja sektor awam dan swasta telah dijemput menjadi tetamu dalam majlis Anugerah Media Islam Negara(AMIN) 2008 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC).Malam yang penuh debaran itu menyaksikan ramai artis dan pelakon popular telah datang.Sebelum majlis bermula kami sempat solat magrib berjemaah dengan Fahrin Ahmad,Dr.Fazley Yaakob dan ramai lagi.Solat tersebut telah diimamkan oleh Imam besar masjid negara.Antara pelakon yang menerima anugerah ialah Razali Hussin,pelakon drama lelaki tv berunsur islam terbaik dan Eja,pelakon drama wanita berunsur islam terbaik.Anugerah ini dihoskan oleh Fahrin Ahmad,Shamsul Ghau Ghau dan Dr.Fazley.

Anugerah Media Islam Negara(AMIN)


Dari kiri Faizul,Izhan,Qayyum dan Mus.
Dari kiri izhan,mus dan qayyum.Qayyum ahli Dainurii baru.Org ramai panggil dia Rahim Inteam sebab muka dia seakan seiras dengan akhi Rahim Inteam...boleh jadi dia adik akhi Rahim Inteam kot??? hehehe

Upgrade Voice


Semalam kami telah membuat upgrade voice almaklumlah cuti lama..
hehe
nak perform kat majlis gerak usahawan unikl..30.7.2008 nanti..

The Ceremony Of UnikL's Gerak Usahawan 2008

Salam.Last weekend,the group of Kelab Usahawan UNIKL invited Insoft to perform in Ceremony of UnikL's Gerak Usahawan 2008 last this month.We already agree to perform and maybe we want to show two songs title "Tika Dini Hari".But one more song we all still discuss..Just wait.. We can confirm it later...

Sekitar Pemilihan Terakhir Ke Akademi Nasyid

Salam...saya baru saje pulang dari Sri Pentas 2 kerana ada urusan dengan Akademi Nasyid..Saya begitu kagum dengan persembahan yang telah ditunjukkan oleh finalis2 akhir untuk ke Akademi.. Seramai 14 kumpulan dari 3o kumpulan termasuk solo telah berjaya ke akademi nasyid..Mereka semua memang hebat!! 14 kumpulan ini termasuk solo secara automatik telah berjaya ke akademi apabila juri2 telah menilai mereka dengan lebih baik...antara juri yang mengadili pada hari tersebut ialah Yasin Sulaiman,Ust.Asri Rabbani,Abg.Usop Kopratasa dan seorang dari TV9. Kumpulan yang terpilih ini sudah sah dan nyata telah terpilih dan telah menandatangani kontrak sebagai artis tv9...Fuh!!! hebat!!!!! dan kepada kumpulan dan solo lain yang tidak terpilih untuk kali ini,janganlah bersedih...cuba lagi untuk tahun depan...masa panjang lagi untuk memantapkan kumpulan anda....ok la penat tak hilang lagi ni.....jangan lupa saksikan Akademi Nasyid di tv9 pada setiap Sabtu jam 9.30 mlm hanya di TV9.... DEKAT DIHATI......
Izhan(kanan) bersama dengan Hafiz Hamidun(tengah),syukur(kiri) dan farid(belakang) dari kumpulan G-Hard Rapshdy..Masa ni baru je selesai segment "terjah" tv9 yang dihoskan oleh Mohd Hafiz Hamidun(Tengah)....bertempat di Sri Pentas 2...
Kumpulan G-Hard Rapshdy dari Terengganu dengan mengenetengahkan gaya "Snow Cap".. mereka membawa lagu yang telah dipopularkan oleh kumpulan Mestica iaitu "Layar Keinsafan"..
Kumpulan Soffieya..memang mantap vokal dan harmoni mereka...mendendangkan lagu arab ciptaan mereka sendiri..HEBAT!!!!

Pemilihan Wanita Sebagai Permaisuri Hati.... by izhan@insoft("_,)

Dinikahi wanita itu kerana EMPAT PERKARA....kerana kekayaannya..kerana keturunannya.. kerana kedudukannya dan kerana agamanya...MAKA pilihlah dalam AGAMAnya kerana nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu........

Sebaik-baik wanita.....

Kemarau Hati..

Hye..maaf kami baru je bercuti...ni kami nak share dgn anda semua,kepada sesiapa yang berada dalam duka dan lara usahlah diratapi sehingga mengabaikan diri..memang tak dinafikan bahawa setiap yang PULANG pergi sementara atau selamanya akan mengundang duka dan nestapa dalam diri kita..so,kita hendaklah berdoa untuk kebahagiannya yang hakiki dengan titisan air mata tangisan.Sesungguhnya pemergiaanya adalah iktibar buat kita semua..PUJUK la hatimu dan simpanlah dalam Hatimu...Oleh itu terimalah dari saya izhan(insoft) "KEMARAU HATI"..
izhan ishak(insoft)


Kemarau Di Hati

Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut diarus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu

Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas didada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata

Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu




Assalamualaikum

Hye! kami semua nak mintak maaf sebab sibuk sikit sekarang sampai jarang nak manage dan kemaskini blog kami ini.mungkin anda semua tengok macam beselerak je kan?? kami sibuk sikit sebab faham2 je la kan final exam dijadualkan next week..so,kami kenalah bagi komitmen sebagai seorang pelajar..maklumlah pelajaran sekarang bukannya senang..huh!! pecah kepala pun ada...hehe tapi tak apa lah,kami akan cuba manage blog ni dengan teratur maybe lepas final exam nanti..ermm lagipun kami tengah planning untuk menganjurkan "Konsert Malam Kesenian Islam" yang akan diadakan di Universiti Kuala Lumpur(MIIT).Program ni dalam perancangan dan maybe akan diadakan bulan 7 or 8 tak lama lagi.InsyaAllah kami maybe akan merisik Hijjaz,Inteam and Hafiz Hamidun(ex-UNIC) untuk show pada malam itu..ape2 berita terkini kami akan nyatakan setiap masa ok?? dan nak ingat kan rajin2 la ye komen dan mesej kat kami..nak tahu caranya ke?? alah!! senang jer..sent je kat shout box kat sebelah tu.kalau tak nampak jugak tak tahu la nak kata apa...just type nama,emel n mesej.lepas tu hantar....anda paham??? satu lagi blog kami bukannya pendek.nak tengok yang sebelum ni tekan kat "older post" kat bawaaaaahh sekali.. hehehe... bye!!

-izhan-

Hafiz Hamidun di Anugerah MACP

Tahniah Hafiz Hamidun!!

Salam..kami nak ucapkan TAHNIAH kepada Hafiz Hamidun iaitu ex-UNIC diatas kejayaannya dalam Anugerah Perlindungan Hak Cipta Penerbit Muzik (MACP) ke-12 apabila lagu ciptaannya, Kau Yang Satu diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada Pertandingan Juara Kepada Juara yang berlangsung di Auditorium RTM Pahang,Kuantan.
Kemenangan berganda Hafiz sekali gus berjaya menewaskan empat penyanyi lain yang turut bertanding iaitu Datin Seri Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan lagu Hati, Kaer Azami (Izinku Pergi), Ash Nair (The Stage) dan kumpulan Silent Scream (Revolution).
Hafiz, 24, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi untuk anugerah Lagu Terbaik manakala Melodi Terbaik menyediakan hadiah wang tunai RM3,000.TAHNIAH kami ucapkan!! Usaha anda membuahkan hasil.Teruskan dakwah nasyid...

Salam Ukhuwah... :')

Assalamualaikum...hye lama tak dengar berita!! hehe kami pun dah beberapa hari tak edit blog ni sebab sibuk sikit maklumlah final exam dah dekat...kami kenelah bagi komitmen sebagai seorang student jugak hehe...Untuk makluman semua semalam bersamaan 16April2008 kami telah menjalankan recording 1st di Studio Hijjaz Records SDN BHD dekat Kota Damansara. Kami pergi bertiga saje sebab seorang lagi ada hal kat kampus.Sebenarnya recording tu nak tengok samada kami boleh bergerak ke hadapan or tidak..So,Alhamdulillah ramai yang bagi support dan komen yang positif..Syukur la kami pun ada sedikit rasa puas hati recording tu tp tak puas hati sedikit pun ad jugak hehe..maklumlah kami ni baru lagi dan perlu banyak lagi belajar..Thanks a lot to abg2 hijjaz dan staff2 Hijjaz Records SDN BHD atas kerjasama dan nasihat mereka!! Bye!!

Time Recording Lagu Wajah suci

Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersiksa didada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi

Mungkin ada esok
Untukku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga


posted by izhan

Dainurii

Assalamualaikum....
Kumpulan Dainurii ni baru saje ditubuhkan pada akhir 2007.Kumpulan ini sebenarnya berasal dari
pelajar2 Universiti Kuala Lumpur yang dahulu dikenali sebagai kumpulan Insoft..Dainurii ni maybe akan bergerak ke hadapan lagi berdasarkan beberapa anugerah yang diperolehi dan event2 besar..jadi anak2 muda ini dengan izin Allah SWT akan bergerak seiringan dengan kumpulan2 lain dalam industri nasyid tanah air.. InsyaAllah kami akan belajar lebih gigih lagi...