Perkim Dianugerahkan Kelab Terbaik UNIKL

Semalam telah berlangsung Majlis Anugerah Siswa Universiti Kuala Lumpur di Dewan Unikl British Malaysia Institute(BMI) yang mengundang semua kampus cawangan unikl seluruh malaysia.Pelbagai katagori dipertandingkan dan Kelab Perkim Unikl city campus telah berjaya dianugerahkan Kelab Dan Persatuan Terbaik yang paling aktif.Anugerah disampaikan oleh Y.BHG. Dato' Haji Mohamad Rais Bin Haji Zainuddin iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah UniTEK Mara SDN BHD dan Prof.Dato' Dr. Abdul Hakim Bin Juri Presiden Universiti Kuala Lumpur.Pada tahun 2007 Perkim Unikl telah dianugerahkan Anugerah Seri Cemerlang Peringkat Kebangsaan manakala pada tahun 2008 Anugerah Projek dan Kepimpinan Terbaik Peringkat IPT Malaysia.















Kami berjaya!! Dari kiri Izhan(Dainurii),Ustaz Sazali(Penasihat Perkim UNIKL) dan Mustakim(YDP PERKIM Unikl/Dainurii).Trofil kebanggaan..















Kami Boleh!!!
















Syafiq dan Diana mewakili Suara Group Unikl City Campus membuat persembahan.Gempak giler!!!

Terima Kasih Kepada Ain( Corrina)

Thanks from Dainurii atas sokongan daripada Ain.Kami akan bantu dalam hal-hal agama...TQ!

Bilakan Damai

Mentari menangis disenja memerah
Bumi anbia' menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Dintindih dalam kubur tanpa bernisan
Dihujung sana berjuta kelaparan
Didera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang
Diwajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakan pula ayah kan pulang

Dia yang tak mengerti apa menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu menghiris kalbu
Bilakan terhapus kekejaman

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan

Selamatkan Palestin!!

Ayuh sahabatku sekalian,bangkitlah berjihad!! Selamatkan saudara seIslam kita di bumi Palestin.. "...Ya Allah,Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu ya Allah,turunkanlah bantuanMu kepada orang islam di Palestin dan hancurkanlah bala tentera Rejim Zionis Israel.."

Mangsa yang tidak berdosa


















Wajah suci ini tidak berdosa!!!