:::Erti Sebuah Pemergian:::

Sekian lama kau ku nanti
Bak sang pelangi menanti sang pelangi
Bukanlah bayangan tetapi sanubari
Dirimu yang kucari

Pabila mentari menangis di senja memerah
Bila awanan kelabu berarak resah
Bila beburung berkicauan pasrah
Memahami sendu hati resah gelisah

Tuhan...
Leraikanlah hiba dihatiku
Pujuklah sekelumit sanubariku
Tadahkan air mata keharuanku
Dia telah pergi meninggalkan ku

Oh Tuhan...
Ku gapai segalanya darimu
Pujuklah hatinya untukku
Dituruti rasa tidak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa

Hanyalah dirimu yang ku harapkan
Hanyalah kasihmu yang ku pintakan
Hanyalah cintamu yang ku dambakan
Kasihku...


Lirik:izhanDainurii
Dainurii Copyright

Erti Sebuah Pemergian

Izhan sekarang sedang menyiapkan lirik terbaru yang bejudul "Erti Sebuah Pemergian".Nanti bila dah siap kami akan postingkan..tq!!

-Sekalung Penghargaan Bersulamkan Keharuan To Huda-

Izhan mewakili Dainurii ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada best friend izhan, Nurhuda Fatinah dari UITM Shah Alam kerana membantu membuahkan semanis hasil seindah bicara dalam menamakan group kami "DAINURII" yang bermaksud "nisbah cahaya yang menerangi". Walaupun nama ini dah menjangkau hampir setahun namun kami ingin mengimbaunya kembali..Tq so much Huda..Tanpanya tiadalah nama Dainurii di laman realiti dan maya.. Sebagai penghargaan terimalah dari Dainurii lagu " Kias Cinta" yang mengisarkan cahaya membiasi cinta...

-Kias Cinta-

Seandainya dunia tiada warna
Tetapkan ku kagumi
Indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi

Namun jalin warna zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatnya
Ku pasti..

Begitu kias cinta
Hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta
Kurnia penuh bermakna

Tika dalam gelita
Atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta
Sisih segala duka anugerah dariNya

Hanyalah cintanya yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia Maha Mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji naluri

Tak akan ku persia
Limpah rahmat yang Esa
Bagaikan jalinan warna
Yang menyulam cahaya
Biasan kasihnya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Illahi
Kerna segala kurnia hadirnya hanyalah pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan
Bahagia...

By izhan

Bisnes Dainurii Diberi Kepercayaan Oleh Majlis Perubatan Elektronik Malaysia

Alhamdulillah Dainurii diberi kepercayaan oleh Majlis Perubatan Elektronik Malalaysia untuk menjalankan perniagaan bagi produk keluarannya(Theo Physic Medicine).Antaranya air ECPI dah GTH yang mempunyai keajaiban sehingga negara2 luar seperti jepun,arab saudi,singapura dan banyak lagi menempah beratus ribu kontena setiap bulan.Ini kerana mereka telah membuat eksperimen air tersebut ke atas pesakit mereka bagi menguji kehebatan air tersebut.Dengan izin Allah,hasilnya amat menakjubkan dan mampu menyembuhkan dalam masa yang singkat tanpa ubatan lain.Air Ecpi ini telah dibuat dengan semua jenis penawar dan dimasukkan kod-kod al-Quran melalui elektronik.Alhamdulillah air ini telah mendapat International Plantinum Award dan Diamond Award For Excellent Product 43rd World Congress For Alternative Madicine 2005 kerana kehebatannya.InsyaAllah Dainurii akan menjalankan bisnes ini tidak lama lagi dan akan bina satu Dainurii Production.Terima kasih dan tahniah kepada saintis Prof Datuk Dr Amir iaitu CEO bagi Gesundheit Sdn Bhd dan Majlis Perubatan Elektronik Malalaysia.

Salam Aidiladha 1429 Hijriah

Alhamdulillah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan memahami erti sebenar sebuah pengorbanan.Justeru itu marilah semua kita ikhlas dalam melakukan kebaikan dan kebajikan ke jalan Allah swt.Jangan mengharapkan balasan daripada orang lain sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang berusaha dalam melakukan kebaikan.Dan kepada pendakwah2 dan artis2 nasyid tanah air marilah kita sama-sama berkorban kepada jalan Allah swt untuk ummah sejagat dan jangan hiraukan pada sesiapa yang menentang kita kerana akhir2 ini kita asyik dilabel untuk menjadi glamour.Ingatlah wahai sahabat semua berkorbanlah dan berjihadlah pada jalan Allah walaupun kita dimanipulasikan dengan pelbagai tohmahan oleh pelbagai jenis manusia.Sesungguhnya berkorban pada jalan Allah sangat mulia disisi Allah swt. Salam Aidiladha dari kami.Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar Wailillahilhamd..

Sekalung Penghargaan..

Terima kasih kepada semua pihak yang berhasrat untuk mendapatkan sponsor kepada Dainurii untuk menambahkan bajet bagi proses menerbitkan dua buah lagu.Jasa kalian semua amatlah dihargai.Disamping itu juga,saya mewakili Dainurii ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Ain Nadirah(Corrina) kerana banyak bagi dorongan dan kerjasama untuk menjayakan lagu ini.InsyaAllah tahun depan lagu ini akan siap diproses walaupun ada yang menghalang sekalipun.InsyaAllah,Allah akan tolong bagi sesiapa yang ikhlas dalam melakukan kebaikan ke jalan Allah.Yang penting kita semua mestilah ikhlas dalam membuat sesuatu perkara demi jalan yang benar.Amin semoga Allah merahmati kami..