Alhamdulillah saya telah siapkan lirik lagu baru yang bertajuk "Sesuci Hati Qarina".Lagu ini mengisahkan seorang wanita student unikl kristian memeluk islam beberapa minggu yang lalu.Nama asalnya Corrina dan nama islamnya Nur Ain Nadirah.Sebagai sumbangan dari Dainurii saya telah menyiapkan lirik ini dan tunggu masa untuk dicompose saja.Lirik/producer oleh izhan dan lagu oleh Hafiz Hamidun(ex-UNIC).Proses untuk siapkan lagu ini mungkin mengambil masa kerana kos yang begitu tinggi.Lagipun kami sedang dalam proses untuk buat satu lagi lagu.Kos satu lagu termasuk recording berharga lebih kurang RM3000.So,dua lagu RM6000.Kami akan cuba dapatkan sponsor.Terima Kasih kepada Hafiz Hamidun dan Arteffect Records Production.

Sesuci Hati Qarina

Kesekian kali menanti
Saatnya kau menongkah arus
Meniti penuh kekeliruan hati
Kebenaran atau kejahilan tandus

Keikhlasan milikmu terpancar
Tika hati sendu meremuk keresahan
Namun dirimu tidak pernah mengalah
Untuk kebenaran yang tersirat
Kau sujud mengabdikan diri

Sesuci hatimu Qarina
Citra hidupmu mempersona
Menyapa hidayah Illahi
Al-Quran menjadi sandaran
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat

Biarpun resah mendera
Kau tidak pernah tunduk
Segalanya diharungi dengan tersendiri
Mengangkat dirimu disisi Tuhan

Jati dirimu disegani
Menjadikan kau insan terpilih
Hatimu sebersih dan selembut sutera
Cinta suci yang kau dambakan untuk Illahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Sucinya hatimu Qarina

Lyric: izhan Producer: izhan

Kepulangan Dari Show Di Jeli Kelantan

Alhamdulillah kami baru sahaja pulang dari Jeli Kelantan kerana ada jemputan show disana.Penat tak hilang lagi..kami akan poskan foto2 kami di sana nanti....tunggu ye..

Insan Bernama Kekasih

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan benama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah dijiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang untuk ku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dari Nya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Nur Kasih yang kudamba kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan darinya
Moga diperliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadanya

Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya insan bernama kekasih...

posted by izhan

Show Di Kelantan..

Dainurii telah diberi lampu hijau untuk perform kat Kelantan pada 14 hb Oktober 2008 tak lama lagi.Kelab Perkim Kebangsaan dan Kelab Perkim Unikl telah menjemput kami dalam program tersebut yang akan berlangsung 3 hari 2 malam.JOM PAKAK GI KLATE RAMA RAMA WEHHH!! BULEH MAKE NASI KERABU..SEDAK MOLEK....CICOH BUDU!! SLURRRPPP....

Sejenak Bersama Ustaz Akhil hayy

Bulan lepas,Unikl dan Kelab Perkim UNIKL serta MEDINA TECHNOLOGY SDN BHD telah bekerjasama menjemput Ust.Akhill Hayy bagi menjayakan program Di Ambang Syawal.Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada warga unikl.Ustaz Akhil hayy telah menyampaikan ceramah dan mendendangkan sebuah lagu.Satu sambutan yang amat mebanggakan telah diberikan kepada warga kerja dan student unikl...















Ustaz Akhil Hayy menyampaikan lagu Seroja.Vokal yang mantap.















Meyampaikan lagu Nur Kasih dan Nur Syahadah















Sambutan yang menakjubkan