Majlis Perasmian Teratak Hijjaz Di Astana Dugang Country Resort

Salam dua minggu lepas berlangsungnya Majlis Perasmian Teratak Hijjaz di Astana Dugang Country Resort.Dainurii telah dijemput untuk bersama-sama dalam majlis tersebut sekaligus berbuka puasa di sana.Ramai media-media telah datang antaranya ialah (Tv3,Tv9,Bernama,IKIM FM,Utusan Malaysia serta Berita Harian) dan artis2 di bawah naungan Hijjaz Records Sdn Bhd(HRSB) seperti Mestica,syifa' serta Hijjaz sendiri.Tapi sayangnya UNIC tak dapat datang.Turut diundang,Rabbani dan wakil dari INTEAM Records Sdn Bhd(IRSB).Tahniah diucapkan kepada Hijjaz kerana sekali lagi berjaya menaikkan nama Hijjaz di persada seni tanah air atas satu lagi nama baru "Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd".













Ketika di Teratak Hijjaz dari kiri izhan,ustaz Sazali,syafiq,mus dan faizul.

0 comments: